Friday, December 19, 2014

KITA LAHIR

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

HUJAN HARI INI. SIAPA SANGKA PANAS DISIANG HARI TIBA-TIBA HUJAN LEBAT SEMAHUNYA. KUASA PENCIPTA. SIAPA TAHU. INI ADALAH APA YANG AKU INGIN KONGSIKAN. CERITA YANG AKU BACA...MENARIK..SELAMAT MEMBACA DAN AMBILLAH PENGAJARAN YANG ADA SEBAIKNYA.



Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal.

Jika kita selalu merasakan kita tidak layak menerima sesuatu yang baik dan berharga. Apabila perkara baik dan berharga itu datang tetapi kita tidak melakukan apa yang sepatutnya sehingga ia terlepas dari tangan.
Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.
Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. 

Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.
Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.
Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.
Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.
Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. 

Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.
K
ita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Thursday, December 18, 2014

BAGAIMANA MENCINTAI DAN DICINTA?

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

AKU MENULIS LAGI PADA HARI. ILHAMNYA DATANG  KETIKA MENOLONG IBU DAN ABAH KU BEKERJA. SIBUK MENOLONG SEHINGGA JATUH CINTA. SIAPA TAHU? SUKA AKU MELIHAT SEORANG INI. SENTIASA MEMBELI. TINGGI ORANGNYA SEHINGGA AKU TERPAKSA MENDONGAK MELIHATNYA. PUTIH. RAPI WAJAHNYA. MANIS PERWATAKANNYA. CUMA SATU SAHAJA. SUDAH BERPUNYA. NAMUN TIDAK MENGAPA. BIARLAH HATI SAHAJA YANG BERKATA-KATA. TIAP KALI MENGENANGNYA, TERASA MANIS SEGALANYA. BIARLAH JAUH DIMANA, HATIKU SENTIASA BERSAMANYA. KALI BENAR KATA ORANG. "CINTA TAK MENGENAL SIAPA". SUSAH MENDEKATINYA TAPI SUKA AKU MELIHAT. BIARLAH JAUH SEBATU, MELIHATLAH SUDAH CUKUP BAGI KU.

SUKA UNTUK AKU KONGSIKAN BAGAIMANA CARA UNTUK DICINTAI DAN MENCINTAI. ADA YANG AKU AMALKAN SEHINGGA SEKARANG. POSITIF TETAPI MENGAMBIL MASA. DUNIA INI TERLALU INDAH JIKA KITA MERASAKAN MANISNYA CINTA SANG PENCIPTA. TETAPI PERLU JUGA MENJAGA MANISNYA CINTA SESAMA MANUSIA. BACALAH. MOGA BERMANFAAT UNTUK DIRI KU DAN DIRI MU


berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

  1. Jangan Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.
  1. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.
  1. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.
  1. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.
  1. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.
  1. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.
  1. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  1. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.
  1. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.
  1. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
  1. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
  1. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.
  1. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
  1. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

Wednesday, December 17, 2014

PERMULAAN YANG MENCARI PENGAKHIRAN

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

NAMA : BUNGA YANG TAKKAN LAYU MELIHAT PUTARAN WAKTU. MOGA SELAMAT PERGI DAN SELAMAT JUGA DIA KEMBALI
UMUR : 21 TAHUN (2014)
ASAL : PERAK, MALAYSIA
BULAN LAHIR : TIADA 3
HARI LAHIR : BILA MANA HILANG SATU, MAKA MENJELMA SATUNYA LAGI


SERBA RINGKAS TENTANG DIRIKU. KU CIPTA BLOG INI BUKANLAH UNTUK BENDA SEMBERONO SAHAJA. SUKA UNTUK MENULIS TENTANG PERJALANAN DUNIA YANG PANJANG. BANYAK YANG AKU PERLU TEROKA YANG DIKONGSI BERSAMA. MUNGKIN KETIKA AKU MENULIS BAIT-BAIT INI TIADA IKHLAS YANG BERTITIK DI HATI. DASAR MANUSIA HIPOKRIT. SENTIASA MEMBICARAKAN SESUATU YANG ORANG LAIN RASA KAU BAGUS, KAU INTELEK, KAU BAIK DAN LAIN-LAIN. TERLALU DAHAGAKAN PUJIAN MANUSIA SEHINGGA LUPA AKAN PUJIAN YANG LUHUR DARI PENCIPTA. AKU JUGA MANUSIA. TIDAK TERLEPAS DARI DOSA. TIDAK MENGAPA. MANUSIA JUGA PUNYA AKAL UNTUK BERFIKIR. APA BERBUAT DOSA TIADA JALAN UNTUK MENGHAPUSKANNYA? TIDAK ADA YANG DICIPTA OLEH PENCIPTA YANG KEWUJUDANNYA ADALAH SIA-SIA. PASTI ADA HIKMAH YANG MANUSIA SENDIRI GILA MENCARI JAWAPANNYA. BAGAIMANA MUNGKIN ALLAH SWT MENCIPTAKKAN ADAM DAN HAWA HANYA UNTUK MENGHIASI SYURGA. MANUSIA CIPTAAN YANG SANGAT DICEMBURUI. CUKUP. BUKAN SEORANG ULAMA DISINI. CUMA BERKONGSI.

AKU MENULIS INI KERANA AKU MANUSIA. AGAR SETIAP KALI AKU MENAIP, AKU INGAT AKAN DARI MANA USUL KU DAN KEMANA PENGAKHIRAN KU. AKU MUDAH LUPA SEHINGGA AKU MENIPU UNTUK TIAP KARANGKU. AGAR INI MENJADI PEDOMAN KEPADA KU.

TIKA DULU BUKU DAN PENA MENJADI TEMAN, SEKARANG PAPAN KEKUNCI DAN SKRIN PENGGANTINYA. BUKAN AKU MELUPAKAN KALIAN, CUMA AKU BERUSAHA KE ARAH YANG LEBIH BAIK. PUTIH DAN BIRU. AKU INGAT JASA KALIAN KEPADA KU. TERLALU BANYAK YANG KAU DENGAR TENTANG HATIKU. TERIMA KASIH.