INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Insitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan sebuah insitut
pendidikan yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah.
Kini, IPGM mengendalikan 27 buah kampus atau lebih dikenali sebagai
Insitut Pendidikan Guru (IPG). IPGM menawarkan sebanyak enam program
utama di IPG iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PPISMP), Diploma perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), Diploma Perguruan
Malaysia (DPM), Diploma Perguruan Lepasan Diploma (DPLD) dan Latihan
Dalam Perkhidmatan (LDP).
Berdasarkan program tersebut, IPGM menawarkan
dua jenis mod pembelajaran iaitu mod sepenuh masa dan mod separuh masa.
Seterusnya, IPGM mempunyai beberapa kumpulan pelajar yang terdiri
daripada tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, tajaan Agensi Luar
Kementerian Pendidikan dan tajaan Kerajan Negeri. Jesteru, guru pelatih
di IPG akan ditempatkan di pelbagai jenis sekolah di seluruh negara
sejurus tamat pengajian.
MISI IPG
Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa
pendidik melalui program pembagunan guru yang dinamik ke arah pendidikan
sekolah bertaraf dunia.
DASAR KUALITI
″Untuk menyediakan perkhidmatan Pengurusan Pendidikan Keguruan secara
professional, cekap dan berkesan untuk menghasilkan guru yang
berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru, Visi
dan Misi IPG serta Falsafah Pendidikan Negara. Dasar ini mengutamakan
usaha penambahbaikan yang berterusan ke arah mewujudkan pengurusan
pendidikan keguruan yang bertaraf dunia bagi memenuhi kehendak Negara.″
No comments:
Post a Comment