Thursday, December 29, 2016

TUTORIAL BUAT "ABOUT ME" DI BLOG

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAH SEJAHTERA KEPADA AWAK-AWAK SEMUA.

ENTRI KALI INI TENTANG CARA-CARA NAK BUAT "ABOUT ME" DEKAT BLOG.
SEBENARNYA SAYA BARU LETAK BENDA TU DI BLOG.

CONTOH SAYA PUNYA


TUTORIAL PON TENGOK DEKAT BLOG ORANG TAPI MASA BUAT PENING JUGA SEBAB "INSTRUCTION" DIA PUNYA LAA PENING KEPALA. JADI SAYA BUAT TUTORIAL VERSI SAYA. APAPUN, KREADIT KEPADA BLOG LYSSA FAIZUREENwww.lyssasecret.com  SEBAB SEDIAKAN TUTORIAL..MAAF..HAHAHAH

JOM MULA TUTORIAL!


  PERGI KE DASHBOARD
KLIK LAYOUT
– KLIK ADD A GADGET
– PILIH HTML/JavaScript
– DAN AKAN KELUAR MACAM


-          PADA BAHAGIAN TITILE TULISLAH APA YANG “KORANG” NAK
-          UNTUK BAHAGIAN CONTENT PULA KORANG PASTE KOD WARNA MERAH

<center><img src="http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1189.snc4/154158_180103432016612_100000508706476_573355_7805816_n.jpg"/><center>

YANG WARNA BIRU PULA ADALAH LINK GAMBAR KORANG

CARA-CARA NAK TAHU LINK GAMBAR KORANG

STEP 1 = KLIK PADA GAMBAR YANG KORANG SUKA KT FACEBOOK




STEP 2 = RIGHT CLICK GAMBAR YANG KORANG DAH PILIH


STEP 3 = KLIK OPEN IMAGE IN NEW TAB


STEP 4 = COPY LINK KAT NEW TAB TADI



SELESAI!..HAHAHAHAHAHAH

-          DAH DAPAT LINK, KORANG PASTE KAT KOD CAMNI
 
 <center><img src="http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1189.snc4/154158_180103432016612_100000508706476_573355_7805816_n.jpg"/><center>


-         KALAU NAK TENGOK TEKAN RICH TEXT



 KALAU DAH PUAS HATI SAVE..

NOTA : GAMBAR KORANG MUNGKIN AKAN JADI TERLALU BESAR..ANDA BOLEH RESIZE GAMBAR KORANG TERLEBIH DAHULU DI PAINT..*DIDALAM LAPPY ADA BENDA ALAH NI*..KENA TRY AND ERROR..

CARA NAK RESIZE GAMBAR DI PAINT


-DOWNLOAD GAMBAR YANG KORANG NAK

-OPEN PAINT  

 

-KLIK PADA PASTE

 


- KLIK PADA RESIZE (PILIH KURANG DARI 100)

-SAVE

-UPLOAD SEMENTARA DI FACEBOOK

-KLIK PADA GAMBAR TERSEBUT

-RIGHT CLIK

-PILIH OPEN IN NEW TAB

-COPY LINK GAMBAR TADI

-PASTE SEMULA PADA LINK GAMBA KORANG SEBELUM INI

-NAK TENGOK KLIK RICH TEXT

-PUAS HATI SAVE JEE

PERKARA INI PERLU DICUBA BANYAK KALI..SERIUS SAYA CAKAP..

SELAMAT MENCUBA!







Wednesday, December 28, 2016

SEMALAM YANG KELAM

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Entri kali tentang sebuah cerpen yang aku tulis dalam satu pertandingan menulis cerpen "WeLoveWeCare" sempena Hari Perangi Dadah Peringkat Kebangsaan. WALAUPUN TAK MENANG *SAGUHATI PUN TAK DAPAT..HAHAHAH". CERPEN INI AKU TUJUKAN KEPADA SALAH SEORANG AHLI KELUARGA AKU. AKU DOAKN SUPAYA DIA TAK SENTUH BENDA HARAM JADAH TUU DAH..AMINN

Petang itu sangat sunyi. Ada pemuda yang menyendiri. Rapi rambutnya bersisir ke tepi. Manis senyumnya terukir di bibir. Terdengar bunyi desiran angin. Angin yang lembut membelai kulit. Tenang merasa, damai menyapa. Mentari semakin tenggelam di bawah garis ufuk di bahagian barat. Merah kejinggaan warnanya. Manusia mana yang mahu mencela panorama sebegitu rupa. Indah mata memandang. Menikmati ketenangan. “Haaa..”. Ku hela nafas panjang. Lapang saja diri terasa. Minda ku kosong. Tidak memikir apa-apa. Alpa melihat keindahan di depan mata. Cuma kadang kala hati berbisik kepada diri. “Kalaulah dulu aku tidak berdamping dengan si celaka itu, mungkin lebih lama aku menikmati keindahan ini”. Jari di lutut digenggam sekuat hati. Kepala ditunduk memandang tanah yang kering. Bibir diketip seperti menahan sesuatu. Mata yang kering tadi basah tanpa disedari. Teresak-esak diri melepaskan perasaan menyesal di dalam diri. Terasa diri ini jijik sekali. “Bagaimana mahu ku cuci diriku ini Ya Allah!”. “Khilaf ku terlalu besar dosanya Ya Allah”. “Wuduk ku, rukuk ku, sujud ku, adakah kau terima Ya Allah!”. “Aku menyesal Ya Allah. “Aku mohon taubat ku diterima di sisi-Mu Ya Allah”,Makin deras mengalir air di mata. Harapan ku meninggi hingga ke hujung langit agar diriku diterima seisi alam. Sisa hidup yang ada akan ku manfaatkan sehingga nyawa tercabut dari tubuh yang berdosa. Wahai manusia yang beruntung hidupnya, dengarlah coretan jiwa. Semalam Yang Kelam.

7 Februari 1993. Malam itu gelita. Terlalu lebat hujan jatuh ke bumi. Kilat tidak berhenti berdentum. Tiada petanda mahu berhenti. Langit seakan menyesali, memarahi dan memaki sesuatu di bumi yang dirahmati Illahi. Di hujung kampung, kelihatan sebuah rumah. Cuma sebuah rumah. Kelihatan dua lelaki di depan rumah. Seorang duduk di tangga. Berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya. Seorang lagi ke hulur ke hilir tak tetap kedudukannya. Risau betul riak wajah di muka. Digosok-gosok tangannya. Digaru kepala yang tak gatal. “ Sabarlah Mat, semuanya akan selamat. Insya-Allah. Kita doakan yang terbaik”. Tenang sahaja lelaki itu bertutur kata. Telinganya seakan pekak tak mendengar apa-apa. Cuma hatinya berkata. “Ya Allah, hamba bertawakal kepada Mu Ya Allah”. “Wuerkk…wuerkk..”. Lelaki itu berhenti seketika. Tajam telinganya menangkap bunyi tadi. “ Salmah!”. Bergegas lelaki itu berlari ke dalam rumah. Di selak langsir biru di pintu. Lelaki itu terpaku. Air mata gembira mencurah keluar. Maka hari bersejarah buat si ayah dan si ibu. Anak yang dinanti singgah juga ke bumi. “ Ya Allah, terima kasih”.

Maka semakin hari semakin besarlah anak yang dirahmati. Besar tubuhnya. Kacak. Belasan tahun umurnya. Dibentuk dengan sangat sempurna. Ditatang melebihi minyak yang penuh. Tersangatlah sayang si ayah dan ibu akan anak itu. Semua kehendaknya dituruti tanpa dibantah walaupun sekali. “ Zarul, sayang betul mak bapak kau dengan kau ya”. “Hahaha, mestilah. Aku anak tunggal mereka”. Bangga penuh di dalam dada. “Baiklah, nak buat macam mana, cuma kau anak mereka. Zarul, kau nak ikut aku tak malam ni?”. Berkedut dahinya memikirkan sesuatu. “ Kita mahu ke mana?”. Melirik senyuman dibibir Ikram. “ Kau ikut saja, malam nanti aku ambil kau di rumah”. “Baik, aku tunggu kau di rumah”.

Siapa menyangka anak yang dulunya disayangi, dihormati dan ditatang menjadi busuk sekelip mata. Cuma satu malam sahaja, habis musnah hidup seorang manusia yang dikatakan membawa rahmat kepada keluarga. Cuma satu malam sahaja. Dikepalanya cuma ada opiat, stimulan, ganja, halusinogen, depresen dan sebagainya. Hidupnya hanya berkhayal dengan nikmat dunia yang sementara. Habis hilang ibu bapanya, keluarganya, sahabatnya, sekolahnya, gurunya dan semua yang berharga. Sekarang cuma ada dia dan si celaka itu sahaja. Kurus, berhingus dan menumpang tidur di tempat bertikus. Hanyutlah seorang manusia dalam dunia yang dihina dan dicela oleh alam yang fana. Tetapi apa si anak kisah tentang hinaan dan celaan?

Suatu ketika, sedang asyik anak itu melayan dunia gilanya, tiba-tiba terasa dirinya dihentak sesuatu. Tidak terasa sakit. Kedengaran bunyi bising di sekitarnya. Ah! lantaklah dengan dunia di luar sana. Walaupun diseret tubuh kurusnya tidak dia peduli semua itu. Berderai air mata si ibu melihat anak sebegitu rupa. Luluh hati ayah sambil mengheret tubuh anak yang disayangi sehingga mati. Walaupun sedih di dalam hati tetapi demi anak yang disayangi digagah jua membawa anak untuk dibentuk semula jiwanya. Maka bermulalah pembersihan semula si anak yang berdosa. Mulanya diri merasa sakit menahan perit namun lama-kelamaan perit itu hilang dengan sendiri. Hanya Allah menjadi peneman di jiwa. “Wahai anak yang dirahmati, jadikan semalam itu pengajaran untuk masa depan yang berguna”. Pesan ayah kepada anak. Melangkah keluar ke alam luar, kekok terasa. Hinaan dan celaan bertimpa-timpa ke muka. Apakan daya, semua itu balasan untuk orang yang berdosa. Namun hidup mesti diteruskan juga kerana masa depan itu tetap ada. Sehingga sekarang aku tetap melangkah mencari keredaan Ilahi dan kepercayaan masyarakat terhadap diri ini.


Mentari semakin hilang di ufuk. Membawa bersama kenangan hitam yang menjadi pengajaran buat seluruh duniawi. Moga terbitnya mentari di kemudian hari membawa sinar buat ku dan semalam yang kelam menjadi hempedu yang mengajar diriku erti kehidupan yang azali.

Tuesday, December 27, 2016

WASIAT

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

ENTRI KALI INI TENTANG SEBUAH WASIAT YANG MENJADI HALWA KEPADA JIWA KITA

WASIAT LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA


P/S : SOLAT TIANG AGAMA

WAHAI ANAKKU ! ELAKKAN DIRIMU DARI MEMBUAT HUTANG KERANA SESUNGGUHNYA DENGAN BERHUTANG ITU AKAN MENJADIKAN DIRIMU HINA DIWAKTU SIANG HARI DAN MENJADIKAN DIRIMU GELISAH DI WAKTU MALAM HARI.


WAHAI ANAKKU ! SEKIRANYA KEDUA IBUBAPAMU MEMARAHIMU KERANA SESUATU KESALAHAN YANG TELAH KAMU LAKUKAN MAKA KEMARAHAN KEDUA MEREKA ITU ADALAH SEPERTI BAJA UNTUK MENYUBURKAN TANAMAN.

WAHAI ANAKKU ! ENGKAU AKAN DAPAT RASAKAN BETAPA BERATNYA KETIKA MENGANGKAT BATU YANG BESAR ATAU BESI YANG PADAT TETAPI ADA YANG LEBIH BERAT DARI ITU IAITU APABILA KAMU MEMPUNYAI JIRAN TETANGGA YANG JAHAT.

WAHAI ANAKKU ! TIDAKLAH DINAMAKAN KEBAIKAN SEKALIPUN KAMU SIBUK MENCARI DAN MENGUMPUL ILMU PENGETAHUAN TETAPI TIDAK PERNAH MENGAMALKANNYA. PERBUATAN INI TAK UBAH SEPERTI SEORANG PENCARI KAYU API YANG SENTIASA MENAMBAH TIMBUNAN KAYUNYA SEDANGKAN IA TIDAK MAMPU UNTUK MENGANGKATNYA.

WAHAI ANAKKU ! BERHATI-HATILAH TERHADAP TUTUR TATA DAN BICARAMU, PELIHARALAH BUDI BAHASAMU DAN SENTIASALAH BERMANIS MUKA NESCAYA KAMU AKAN DISENANGI DAN DISUKAI OLEH ORANG YANG BERADA DI SEKELILINGMU. PERUMPAMAANNYA SEOLAH MEREKA TELAH MENDAPAT BARANG YANG AMAT BERHARGA DARIMU.

WAHAI ANAKKU ! JIKA KAMU MAHU MENCARI SAHABAT SEJATI MAKA KAMU UJILAH IA TERLEBIH DAHULU DENGAN BERPURA-PURA MEMBUATKAN IA MARAH TERHADAPMU. SEKIRANYA DALAM KEMARAHAN ITU IA MASIH MAHU MENASIHATI, MENYEDARKAN DAN MENGINSAFKAN KAMU, MAKA DIALAH SAHABAT YANG DICARI. JIKA BERLAKU SEBALIKNYA MAKA BERWASPADALAH KAMU TERHADAPNYA.

WAHAI ANAKKU ! BILA KAMU MEMPUNYAI TEMAN YANG KARIB MAKA JADIKANLAH DIRIMU SEBAGAI SEORANG YANG TIDAK MENGHARAPKAN SESUATU APAPUN DARINYA SEBALIKNYA BIARKANLAH TEMANMU ITU SAHAJA YANG MENGHARAPKAN SESUATU DARIMU.

WAHAI ANAKKU ! JAGALAH DIRIMU SELALU SUPAYA TIDAK TERLALU CONDONG KEPADA DUNIA DAN SEGALA KESENANGAN DAN KEMEWAHANNYA KERANA ALLAH TIDAK MENCIPTAKAN KAMU HANYA UNTUK KEHIDUPAN DI DUNIA SAHAJA. KETAHUILAH TIDAK ADA MAKHLUK YANG LEBIH HINA SELAIN DARI MEREKA YANG TELAH DIPERDAYAKAN OLEH DUNIA.

WAHAI ANAKKU ! JANGANLAH KAMU KETAWA JIKA TIADA SESUATU YANG MENGGELIKAN, JANGANLAH KAMU BERJALAN JIKA TIADA ARAH HALA TUJUAN, JANGANLAH KAMU BERTANYA TENTANG SESUATU YANG TIDAK MEMBERI APA-APA FAEDAH PUN KEPADAMU DAN JANGANLAH KAMU MENSIA-SIAKAN HARTAMU PADA JALAN MAKSIAT.

WAHAI ANAKKU ! SESIAPA YANG BERSIFAT PENYAYANG SUDAH TENTU DIA AKAN DISAYANG, SESIAPA YANG BERSIFAT PENDIAM SUDAH TENTU DIA AKAN SELAMAT DARI MENGELUARKAN PERKATAAN YANG SIA-SIA. KETAHUILAH SESIAPA YANG TIDAK DAPAT MENAHAN LIDAHNYA DARI MENGELUARKAN UCAPAN KOTOR, SUDAH TENTU IA AKAN MENYESAL KELAK.

WAHAI ANAKKU ! BERGAUL DAN BERKAWANLAH DENGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH DAN BERILMU. BUKALAH PINTU HATIMU DAN DENGARLAH SEGALA NASIHAT DAN TUNJUK AJAR DARINYA. SESUNGGUHNYA NASIHAT DARI MEREKA BAGAIKAN MUTIARA HIKMAH YANG BERCAHAYA YANG DAPAT MENYUBURKAN HATIMU SEPERTI TANAH KERING LALU DISIRAMI AIR HUJAN.

WAHAI ANAKKU ! SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN KITA INI DIIBARATKAN SEPERTI SEBUAH KAPAL YANG BELAYAR DI LAUTAN DALAM DAN TELAH BANYAK MANUSIA YANG KARAM DIDALAMNYA. JIKA KITA INGIN SELAMAT MAKA BELAYARLAH DENGAN KAPAL YANG BERNAMA TAKWA, ISI KANDUNGANNYA IALAH IMAN SEDANG LAYARNYA PULA IALAH TAWAKAL KEPADA ALLAH.

WAHAI ANAKKU ! BILA KAMU MENERIMA DUA UNDANGAN MAJLIS, SATU MAJLIS PERKAHWINAN DAN SATU LAGI MAJLIS TAKZIAH KEMATIAN, MAKA UTAMAKANLAH MAJLIS KEMATIAN KERANA DENGAN MENGHADIRI MAJLIS INI AKAN MENGINGATKAN KAMU KEPADA KAMPUNG AKHIRAT, SEDANGKAN DENGAN MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN AKAN MENGINGATKAN KAMU KEPADA KESERONOKKAN DUNIA SAHAJA.

WAHAI ANAKKU ! JANGANLAH KAMU TERUS MENELAN APA SAJA YANG KAMU RASA MANIS DAN MELUDAH SETIAP APA YANG KAMU RASA PAHIT. INGATLAH, TIDAK SEMUA YANG MANIS ITU AKAN MENJADIKAN KITA SEGAR DAN TIDAK SEMUA YANG PAHIT ITU AKAN MENJADIKAN KITA SEGAR.

WAHAI ANAKKU ! JANGANLAH KAMU MAKAN DENGAN TERLALU KENYANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN. SESUNGGUHNYA ADALAH LEBIH BAIK JIKA BAHAGIAN DARI YANG KENYANG ITU DIBERIKAN KEPADA ANJING SAHAJA.

WAHAI ANAKKU ! CARILAH HARTA DI DUNIA INI SEKADAR KEPERLUANMU SAHAJA DAN NAFKAHKANLAH HARTAMU YANG SELEBIHNYA PADA JALAN ALLAH SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT. JANGANLAH KAMU MEMBUAT DUNIA INI KELAK DIRIMU AKAN MENJADI PENGEMIS DAN MEMBEBANKAN PULA ORANG LAIN TETAPI JANGAN PULA KAMU TERLALU MENGEJAR DUNIA SEHINGGA TERLUPA BAHAWA KAMU AKAN MATI. KETAHUILAH, APA YANG KAMU MAKAN DAN PAKAI ITU SEMUANYA DARI TANAH BELAKA.



WAHAI ANAKKU ! JANGAN KAMU MELANTIK SESEORANG YANG BODOH MENJADI UTUSANMU. JIKA TIADA SIAPA YANG LEBIH CERDAS, PINTAR DAN BIJAK MAKA YANG SEBAIKNYA DIRIMU SENDIRILAH YANG MENJADI UTUSAN.

WAHAI ANAKKU ! ORANG YANG BERSEDIA UNTUK MENDENGAR NASIHAT DAN BIMBINGAN DARI ORANG YANG LEBIH ALIM, MAKA DIA LAYAK UNTUK MENDAPAT PENJAGAAN DARI ALLAH TETAPI BAGI ORANG YANG INSAF DAN SEDAR SETELAH MENERIMA TEGURAN MAKA DIA LEBIH LAYAK UNTUK MENDAPAT KEMULIAN DARI ALLAH

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA KITA SEMUA.

INSYA-ALLAH

Monday, December 26, 2016

OH LELAKI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

OLEH KERANA TERLALU BANYAK MASA YANG TERLUANG, RAJIN SEDIKIT NAK KEMAS KINI BLOG. MAKLUMLAH, DAH HABIS BELAJAR. AKTIVITI HARIAN,

  TOLONG KEDAI, TOLONG KEDAI, TOLONG KEDAI

SERONOK SEBENARNYA. JADI JEMU TAK BERTANDANG DAN TAK ADA LAA AKU BUANG MASA. 

BAIKLAH, ENTRI KALI INI KHUSUS BUAT SI BUNGA YANG MAHU MENGENAL
 SI KUMBANG. HAHAHHA.
  

Image result for sweet couple cartoon

PADA PANDANGAN AKU, LELAKI ADA BANYAK JENIS. TERPULANG KEPADA INDIVIDU LELAKI MACAM MANA YANG DIA NAK JADI.

 AMARAN! 
JANGAN JADI LELAKI GAY/ BAPOK/ PONDAN/ MAK NYAH

KESEMUA KATEGORI LELAKI DIATAS ADALAH HARAM DAN DILAKNAT OLEH ALLAH SWT. KITA DOAKAN AGAR ALLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA UNTUK BERTAUBAT..AMINNN

LELAKI LEMBUT MACAM MANA?

PERNAH DENGAR PERKATAAN "GENTLEMAN"?. IA BERMAKSUD LELAKI LEMBUT. LELAKI LEMBUT INI DIA BUKAN MACAM PONDAN ATAU MAK NYAH. DIA BERPERWATAKAN SEBAGAI SEORANG LELAKI TETAPI NILAI KESOPANAN ITU LEBIH DALAM DIRI. NALURI MASIH KEPADA PEREMPUAN. 

P/S : TAK SEMESTINYA LELAKI LEMBUT ITU GAY DAN TAK SEMESTINYA LELAKI KASAR TAK GAY.

HAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAH..TAPI ITU KENYATAAN. NAMPAK JEE MASKULIN, KASAR SADO..TAPI DALAM SEBALIKNYA GOLONGAN YANG DILAKNAT ALLAH.

BAIKLAH. KEMBALI KEPADA CERITA POKOK.

.SIAPA LELAKI? APA LELAKI? BAGAIMANA LELAKI?

EGO 

 
LELAKI MEMANG TERKENAL DENGAN SIKAP EGO. EGO LELAKI NI TIMBUL BILA DIA MERASA YANG DIALAH "LEADER" DALAM SEMUA PERKARA DAN TAK KIRA LELAKI DAN PEREMPUAN SEMUA KENA IKUT CAKAP DIA DAN MENERIMA PANDANGAN DIA. EGO LELAKI AKAN TERGUGAT APABILA DIA MERASA PANDANGAN DIA DIGANGGU OLEH OLEH LAIN. YALAH, MANA BOLEH KACAU IDEA AKUKAN..HAHAHAH..TAPI SEJUJURNYA TAK SEMUA LELAKI YANG EGO DIA TINGGI..SERIUS..WALAUPUN KADANG-KADANG PANDANGAN DIA DIGANGGU TAPI SIKAP KETERBUKAAN MASIH ADA UNTUK MENERIMA PANDANGAN ORANG LAIN. MANUSIAKAN BELAJAR DAN SENJATA UNTUK TUNDUKKAN EGO LELAKI ADALAH "SLOW AND SOFT TALK". PERKARA INI LELAKI ATAU PEREMPUAN PUN BOLEH PAKAI. CAKAP ELOK-ELOK DAN INSYA-ALLAH HATI YANG KERAS JADI AIR YANG MENGALIR.

KEPALA ANGIN

WOW..KEPALA PUN BOLEH BERANGIN KEE? HAHAHAH//YES! BOLEH BERANGIN. LELAKI MEMANG MAKHLUK YANG ALLAH SWT CIPTA BERSIFAT GAGAH DAN KASAR. JADI MEREKA JENIS MUDAH MARAH DAN MELENTING. HAHAHA..SEBAB ITU ALLAH SWT CIPTA PEREMPUAN. SUPAYA KEPALA ANGIN DAPAT DIREDAKAN DENGAN KELEMBUTAN.

KASAR

HAHAA..LELAKI MEMANG KASAR, LASAK. TIDAK DINAFIKAN. WALAUPUN LELAKI KASAR TAPI HATI ADA TAMAN TAU..KENA PANDAI "TRICK" SIKIT.

PROTECTIVE"
 
YAA..LELAKI MEMPUNYAI SIFAT INGIN MELINDUNGI. TAMBAH-TAMBAH ORANG YANG DIA SAYANG. MACAM MAK ABAH, ADIK BERADIK, SAHABAT, KAWAN KARIB, KELUARGA, ISTERI, ANAK DAN SEBAGAINYA. JADI HARGAILAH LELAKI..HAHHAHAHA

TOLERANSI

ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN, LELAKI LEBIH MEMPUNYAI TOLERANSI YANG TINGGI BERBANDING PEREMPUAN. HAHAHA..NAK CERITA PUN AKU TAK TAHU. LELAKI BUYKAN JENIS CEPAT MENGALAH TOLERANSI INI LEBIH KEPADA BERTOLAK ANSUR DALAM PERKARA-PERKARA YANG MELIBATKAN PEREMPUAN. TAPI KALAU ADA BENDA YANG DIA TAK SUKA, TAKKAN CAKAP TAPI DIA AKAN TUNJUKKAN MELALUI TINGKAH LAKU MACAM DIAMKAN DIRI DAN BUAT ENDAH TAK ENDAH. KALAU PEREMPUAN, MULUT LAA POT PET POT PET..HAHAHAHAMAAF

AKU RASA ITU MERUPAKAN PERKARA TENTANG LELAKI YANG PERLU PEREMPUAN MABIL BERAT. YANG LAIN ANDA KENA FIKIR SENDIRI.

SEMOGA BERMANFAAT..SEKIAN


Saturday, December 24, 2016

KEHIDUPAN SEBAGAI GURU PELATIH IPG


STRUKTUR KURSUS
Bagi struktur kursus pelajar IPG terbahagi kepada 3:
  • Subjek Teras.
  • Subjek Akademik.
  • Kokurikulum.
1. Subjek Teras:
Terdapat 7 subjek teras yang akan dipelajari semasa Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Keistimewaan subjek teras ialah tiada peperiksaan akan dijalankan bagi ketujuh-tujuh subjek teras tersebut. Keseluruhan markah hanya berdasarkan kepada kerja khusus.
7 subjek teras itu ialah Pendidikan Islam/Pend. Moral (TAR), English Language Proficiency (TBI), Bahasa Melayu Kontekstual (TBM), Kemahiran Generik (Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar, dan Kompetensi Kecerdasan Emosi), Pengantar Pendidikan (TAP), Basic Mathematics (TMT), dan Pendidikan Jasmani Asas (TPJ).

2. Subjek Akademik:
Bagi subjek akademik, subjek-subjek yang akan diambil oleh pelajar IPG adalah berbeza mengikut opsyen/kursus yang akan diambil semasa di peringkat ijazah. Secara umumnya para pelajar akan mengambil 6 subjek akademik. Perbezaan yang ketara bagi subjek akademik ialah bagi setiap subjek akademik akan dijalankan peperiksaan. Selain itu, markah keseluruhan juga akan diambil kira daripada kerja khusus yang dilakukan.

3. Kokurikulum:
Bagi saya, salah satu perbezaan yang utama apabila kita bandingkan pelajar IPG dengan pelajar-pelajar di universiti lain ialah para pelajar IPG mempunyai waktu khusus yang diperuntukkan khas untuk aktiviti kokurikulum dan dimasukkan dalam jadual pembelajaran seharian.
Bagi pengetahuan anda, aktiviti kokurikulum yang dijalankan terbahagi kepada 2 iaitu Persatuan dan Permainan.

SUASANA PEMBELAJARAN

1. Ahli kelas:
Secara keseluruhan, ahli bagi setiap kelas adalah lebih kurang seramai 20 orang sahaja.

2. Panggilan:
Untuk pengetahuan anda semua, para pelajar IPG tidak dipanggil dengan gelaran ‘Pelajar’. Sebaliknya, para pelajar IPG dipanggil dengan panggilan ‘Guru’. Manakala para pensyarah yang mengajar di IPG dipanggil ‘Encik’, ‘Puan’, ‘Tuan Haji’, ‘Dr.’, ‘Ustaz’ atau ‘Ustazah’.

3. Kolej Kediaman:
Setiap pelajar IPG akan tinggal di kolej kediaman yang disediakan tertumanya para guru pelatih baharu. Memang tidak dinafikan terdapat juga para pelajar yang tidak tinggal di kolej kediaman terutamanya mereka yang berada di Semester 4 dan ke atas yang mengambil kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP). 
Setiap satu bilik akan ditempatkan seramai 2 orang sahaja dan kemungkinan terdapat bilik yang hanya untuk seorang guru pelatih sahaja.

4. Aktiviti Lain:
Seperti di universiti atau pusat pembelajaran yang lain, di IPG juga menyediakan persatuan/ kelab/ permainan untuk membolehkan para pelajar melibatkan diri. Dengan adanya aktiviti berpersatuan menunjukkan bahawa IPG bukan sahaja mementingkan prestasi akademik, bahkan prestasi kokurikulum juga.

KELEBIHAN MEMILIH GURU

1. Elaun:
Antara kelebihan utama apabila anda belajar di IPG ialah anda akan diberikan elaun pada setiap bulan sepanjang kurus PPISMP & PISMP (selama 5 1/2 tahun). Elaun yang diberi adalah mengikut tempat anda belajar.Contohnya apabila anda belajar di IPG Kampus Kota Bharu, anda akan diberikan elaun sebanyak RM430 sebulan(bagi pelajar kursus PPISMP). Bagi para pelajar yang tinggal di IPG yang terletak  di Kuala Lumpur pula, elaun yang diberikan akan lebih tinggi daripada RM 430 sebulan.
Para pelajar yang mengikuti kursus PISMP akan menerima elaun yang lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti kursus PPISMP. Contohnya, pelajar PISMP di IPG Kampus Kota Bharu akan menerima elaun sebanyak RM630 sebulan berbanding RM430 sebulan bagi para pelajar yang mengikuti kursus PPISMP.
Jadi, apabila tamat pengajian para pelajar IPG tidak perlu risau mengenai masalah pinjaman yang perlu dijelaskan. Sebaliknya, hanya perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain.

2. Sesi Pembelajaran:
Sesi pembelajaran di IPG bermula pada 7.45 pagi sehingga 1.00 petang. Hal ini adalah kerana ingin mendidik para pelajar IPG membiasakan diri dengan waktu pekerjaan sebenar yang akan ditempuhi semasa sudah bergelar guru. Para pelajar tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah (di IPG tempat belajar dipanggil ‘Sekolah’) antara waktu 7.45 pagi-1.00 petang.
Walau bagaimanapun, terdapat juga para pelajar yang masih mempunyai sesi pembelajaran sehingga 6.00 petang (kebiasaannya hanya para pelajar yang mengambil kursus PPISMP).

3. Jaminan Pekerjaan:
Antara kelebihan utama apabila anda memilih untuk belajar di IPG ialah anda akan mempunyai jaminan pekerjaan di masa hadapan. Anda tidak perlu risau mengenai masalah pengangguran apabila sudah menamatkan pengajian. Hal ini adalah berbeza dengan graduan daripada universiti lain yang perlu berani untuk menceburi bidang pekerjaan yang berbeza dengan bidang pengajian yang diambil semasa di universiti disebabkan kemungkinan bidang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian diambil sudah pun penuh. 
Nota: Apapun, yang penting ialah anda mesti berusaha melakukan yang terbaik bagi memperolehi hasil yang terbaik. Jaminan pekerjaan adalah salah satu isu pada masa kini kerana para lepasan IPG perlu bersaing dengan lepasan kursus perguruan sama ada di IPTA atau IPTS.

4. Peperiksaan MUET:
Bermulanya pada tahun 2012, para pelajar yang belajar di IPG tidak perlu menduduki peperiksaan MUET. Para pelajar hanya perlu menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat IPG.

5. Waktu Cuti:
Waktu cuti para pelajar IPG ialah sama dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di sekolah menengah/rendah. Hal ini adalah berbeza dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di universiti lain. Mereka kebanyakan hanya mempunyai cuti akhir semester atau cuti peristiwa-peristiwa tertentu.

5. Peluang untuk Melanjutkan Pelajaran:
Bagi pengetahuan anda semua, mana-mana guru layak untuk melanjutkn pelajaran di bawah satu program khas seperti Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB)
BERIKUT MERUPAKAN OPSYEN-OPSYEN YANG ADA DI IPG KAMPUS SELURUH MALAYSIA.

  • BAHASA MELAYU (SK/SJKC/SJKT) 
  • BAHASA ARAB
  • BAHASA TAMIL
  • BAHASA CINA
  • BAHASA KADAZAN DUSUN
  • BAHASA IBAN
  • TEACHING ENGLISH AS A SECOND LANGUAGE  (SK/SJKC/SJKT)
  • SAINS (SK/SJKC/SJKT)
  • MATEMATIK (SK/SJKC/SJKT)
  • SEJARAH (SK/SJKC/SJKT)
  • PENDIDIKAN ISLAM (SK/SJKC/SJKT)
  • PENDIDIKAN SENI (SK/SJKC/SJKT)
  • PENDIDIKAN MUZIK (SK/SJKC/SJKT)
  • PENDIDIKAN JASMANI (SK/SJKC/SJKT)
  • PENDIDIKAN KHAS - MASALAH PENBELAJARAN/PENDENGARAN/PENGLIHATAN (SK/SJKC/SJKT)
  • KEMAHIRAN HIDUP (SK/SJKC/SJKT)
  • DAN LAIN-LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN.
UNTUK MAKLUMAN JUGA, SEKIRANYA ANDA TELAH DITEMPATKAN DI MANA-MANA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS  ANDA PERLU MENGETAHUI TENTANG MAJOR DAN MINOR ANDA.  ANDA BUKAN SAHAJA AKAN BELAJAR SUBJEK TERAS SAHAJA MALAH ADA JUGA SUBJEK-SUBJEK LAIN YANG AKAN ANDA PELAJARI.

MAJOR MERUPAKAN OPSYEN ANDA YANG DINYATAKAN DALAM SURAT TAWARAN DIMANA IA MERUPAKAN SUBJEK TERAS ANDA.

 MINOR ATAU ELEKTIF PULA MERUPAKAN SUBJEK YANG ANDA PILIH ATAU JABATAN ANDA TELAH TETAPKAN. MINOR INI SELALUNYA ADA DUA.

 

Syarat dan Kelayakan Memohon ke IPGM

Syarat dan Kelayakan Memohon ke IPGM


Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun iaitu lahir selepas 1 Julai pada masa iklan dikeluarkan.
    • Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya
      enam kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran berikut :
      1. Bahasa Melayu
      2. Bahasa Inggeris
      3. Sejarah
      4. Matematik atau Matematik Tambahan
      5. Biologi atau Fizik atau Kimia atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau Sains atau Sains Tambahan; dan
      6. Satu mata pelajaran yang lain
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
  • Untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 3 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai prasyarat. Hanya calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan elama 8 semester di IPG seluruh Malaysia. Calon yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.
  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga adalah tanggungan calon sendiri.Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri pada hari pendaftaran

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


Insitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan sebuah insitut pendidikan yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Kini, IPGM mengendalikan 27 buah kampus atau lebih dikenali sebagai Insitut Pendidikan Guru (IPG). IPGM menawarkan sebanyak enam program utama di IPG iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Diploma perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), Diploma Perguruan Malaysia (DPM), Diploma Perguruan Lepasan Diploma (DPLD) dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).

 Berdasarkan program tersebut, IPGM menawarkan dua jenis mod pembelajaran iaitu mod sepenuh masa dan mod separuh masa. Seterusnya, IPGM mempunyai beberapa kumpulan pelajar yang terdiri daripada tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, tajaan Agensi Luar Kementerian Pendidikan dan tajaan Kerajan Negeri. Jesteru, guru pelatih di IPG akan ditempatkan di pelbagai jenis sekolah di seluruh negara sejurus tamat pengajian. 

MISI IPG 
Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembagunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. 

 DASAR KUALITI
 ″Untuk menyediakan perkhidmatan Pengurusan Pendidikan Keguruan secara professional, cekap dan berkesan untuk menghasilkan guru yang berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi IPG serta Falsafah Pendidikan Negara. Dasar ini mengutamakan usaha penambahbaikan yang berterusan ke arah mewujudkan pengurusan pendidikan keguruan yang bertaraf dunia bagi memenuhi kehendak Negara.″